Azam Hijrah AM

Ada yang tanya AM, “Yang AM duk buat appeRENtice Team dengan Group Support Pembeli Rumah tu kalau nak join ada kena bayar apa-apa ke?”
.
Ok. Pertama sekali AM nak beritahu, AM memang seorang Perunding Hartanah sepenuh masa. Salah satu azam Hijrah AM, adalah nak menyampaikan ilmu dan mendidik masyarakat.
.
AppeRENtice Team adalah inisiatif AM untuk mendedahkan orang ramai kepada kerja-kerja hartanah. Jadi jika ada yang berminat dengan kerjaya Perunding Hartanah boleh follow AM semasa AM buat kerja-kerja hartanah untuk merasai dan mendalami bidang ini.
.
Group Support Pembeli Rumah pula adalah inisiatif AM untuk guide Pembeli Rumah Pertama atau Newbie dalam urusan pembelian Hartanah mereka. Biasanya bila orang nak beli rumah, mereka ada banyak persoalan dalam proses jual beli hartanah. Jadi AM wujudkan support group untuk golongan ini.
.
Buat masa ini methodology yang AM gunakan untuk kedua-dua Group adalah mewujudkan Group Whatsap, menganjurkan aktiviti sharing ilmu dan coaching melalui jumpa face to face atau secara maya melalui atas talian atau video conference.
.
Kedua-duanya adalah PERCUMA. Ini adalah hanya khidmat dan tambah nilai yang AM berikan kepada masyarakat.
.
Buat masa ini AM masih mengumpul audience dan sesi sharing ilmu di buat secara kecil-kecilan sahaja dengan sesi teh tarik di Kedai Mamak. Bila audience dah ramai Insha Allah AM akan buat mini seminar yang AM rancang nak buat secara PERCUMA je.
.
Sebenarnya dulu AM kerja Pensyarah, AM macam gian pulak nak mengajar kat depan. Tu yang bersungguh nak buat benda ni. Semoga menjadi sesuatu yang bermanfaat.
.
AM percaya yang AM belum beri khidmat yang terbaik jika AM tidak memberi didikan kepada masyarakat.
.
Oleh itu jika ada yang berminat untuk mendalami bidang hartanah boleh klik link berikut untuk terus whatsapp.
http://www.wasap.my/60192556671/sayaminatnakjadiREN
.
Jika anda bakal pembeli rumah pertama dan ingin sertai Group Support Pembeli Rumah, klik je link berikut:
http://www.wasap.my/60192556671/groupSupportPembeliRumah
.
Sekian,
Salam Maal Hijrah
Alif Mastor
Perunding Hartanah Anda
.
#alifmastordotcom
#AMPerundingHartanah
#AMJualBeliSewaHartanah
#TeamAM
#AppeRENticeTeamAM
.
📞 0192556671